BERANI MENONGKAH ARUS ATAU TERUS HANYUT DIBAWA ARUS
Menjelang tahun baru 2012 menjanjikan pelbagai suasana kepada seluruh rakyat Malaysia. Secara jujurnya, sebahagian besar daripada rakyat negara ini mengarahkan lensa fokus mereka kepada Pilihanraya Umum ke-13 yang masih menjadi teka-teki tarikhnya. tarikhnya. Sekiranya degupan jantung setiap antara kita dapat didengar, maka pelbagai bunyi yang akan menggamit telinga kita menukar bunyi yang sononim dengan kita iaitu deringan telefon bimbit.
Suka atau tidak, bersedia ataupun belum hari bersejarah tersebut bakal ditempuh. Jika pelajar-pelajar di sekolah menengah menjadikan peperiksaan SPM sebagai ujian yang cukup getir dalam mencorakkan masa hadapan mereka, begitu juga dengan ahli-ahli politik negara ini yang akan menjadikan PRU 13 ini penentu masa hadapan perjuangan politik dan keperkasaan kuasa mereka.
Satu ketika dahulu, bau politik negara ini mungkin tidak dicium oleh semua orang hanya untuk golongan tertentu sahaja. Tetapi keadaan semakin berubah dan perubahan itu semakin ketara pada hari ini kerana bau ini bukan hanya boleh dicium oleh sesetengah golongan sahaja tetapi semua rakyat Malaysia telah mencium untuk merasanya.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi sebagai tunggangannya, maka tiada halangan kepada sesiapa untuk menilai dan menzahirkan kecenderungan politik mereka sebagai wadah untuk memilih peneraju negara bertuah ini.
PRU 13 ini menjadikan golongan muda di bawah umur 40 tahun sebagai sasarannya. Golongan ini dikatakan sebagai penentu kepada masa hadapan mana-mana parti politik. Golongan ini juga dikatakan sebagai penentu kemenangan pilihanraya ini. Tidak kira dari parti pembangkang mahupun kerajaan Barisan Nasional sehinggakan AUKU bagi pelajar universiti turut digubal semula bagi membolehkan mereka boleh menyertai dan aktif berpolitik.
Diperingkat UMNO dan Barisan Nasional, pelbagai usaha telah digerakkan bagi menambat hati dan jiwa golongan ini. Pelbagai inisiatif turut disediakan dari yang kecil sehinggalah yang besar dalam pelbagai perkara yang penting golongan ini akan membuka minda mereka bahawa kerajaan di bawah Barisan Nasional tidak sesekali meminggirkan mereka dan sentiasa peka keperluan masa hadapan mereka.
Begitu juga dengan parti pembangkang yang cuba memancing hati mereka, pelbagai janji-janji bombastik menggapai langit ditawarkan. Segala janji yang perlu dihidangkan kepada golongan muda ini untuk dijadikan santapan walaupun ianya hanya sekadar ilusi. Yang penting bagi mereka, apa yang dijanjikan akan membesarkan hati golongan ini dan apa yang dilaksanakan kerajaan hari ini akan menggundahkan hati golongan ini.
Percaya atau tidak, kematangan golongan muda negara ini semakin ketara. Mereka belajar banyak perkara. Mereka bukan hanya tahu mana jantau atau betina dan mana kaca dengan permata. Tetapi golongan ini telah pandai menilai mana baik dan yang mana buruk, yang asli dan yang palsu, yang tersurat dan juga yang tersirat. Golongan ini semakin bijak bukan hanya bertindak mengikut arahan tetapi bertindak mengikut akal dan kebijaksanaan.
Golongan muda juga seharusnya bersifat terbuka, jangan sesekali ditundukkan dengan budaya dan pendekatan sempit sesetengah pihak yang senantiasa cuba meresahkan hati mereka melalui bisikan-bisikan jahat tentang kezaliman lawan mereka yang memerintah negara selama ini. Seolah-olah kerajaan hari ini sebagai pencabul masa hadapan mereka.
Kejayaan negara yang dirasai hari ini bukan hanya perlu dinikmati oleh golongan muda. Kejayaan ini sepatutnya perlu dihayati. Perlu tahu bagaimana kejayaan ini dapat dikecapi, kemakmuran ini dapat dipelihara selama ini walaupun ianya terus diganggugugat oleh sesetengah warganegara yang menjadikan cita-cita untuk menghalalkan cara.
Golongan muda perlu bersyukur dan seharusnya bersama-sama berusaha mengekalkan apa yang dinikmati hari ini, jangan sesekali bertindak sembrono yang akhirnya akan memakan diri sendiri. Suarakan segala kehendak dengan cara bersopan, lontarkan segala pandangan dengan cara beradab nescaya kepimpinan negara akan membuka mata dan menghulurkan tangan menerima sebaiknya. Banyak keputusan dan tindakan kerajaan hari ini menyebelahi golongan muda tetapi sedikitpun tidak pernah meminggirkan golongan yang berusia.
UMNO dan Barisan Nasional perlu terus menanamkan keyakinan kepada golongan muda bahawa masa hadapan mereka menjadi agenda utama. Biarlah lawan terus menyalak bukit, kerajaan perlu bertindak bijak dan bertanggungjawab semampunya untuk mewariskan negara yang berjaya kepada golongan muda.
Read more...