Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Wednesday, July 1, 2009

Setahun Janji Kosong Kerajaan Pulau Pinang, Pemuda Selesaikan Nasib Pekerja Kilang Nikko

Dipetik dari Laman Web Pemuda UMNO

Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur -- Nasib 800 pekerja kilang Nikko Electronics Berhad, Perai, Pulau Pinang yang telah diberhentikan perkhidmatan dengan notis 24 jam pada 30 Jun 2008 yang lepas mendapat pembelaan hari ini setelah mereka akan ditawarkan dengan pekerjaan baru dalam tempoh terdekat.


Rintihan mereka selama setahun akhirnya menemui jalan penyelesaian setelah Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO Malaysia mengambil inisiatif membawa permasalahan mereka ke pengetahuan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan pagi tadi.


Hasilnya rombongan sekretariat tersebut yang diketuai Pengerusinya, Nazir Hussin Akhtar Hussin bersama wakil pekerja Kilang Nikko, Mat Zahir Ismail bukan sahaja ditawarkan pekerjaan sebuah kilang terkemuka di Prai malah turut diberi peluang untuk mengikuti beberapa program yang disediakan Kementerian Sumber Manusia.


Pada sidang medianya, Nazir menjelaskan hasil dari pertemuan tersebut beberapa jalan penyelesaian telah dicapai bagi membantu membela nasib pekerja-pekerja berkenaan.


"Antaranya pihak Kementerian telah bersetuju untuk mengadakan Karnival Pekerjaan pada 11 Julai ini bagi membantu pekerja-pekerja tersebut mendapatkan peluang pekerjaan segera.


"Bagi mereka yang sukar mendapatkan pekerjaan berikutan faktor usia, mereka akan didaftarkan menerusi melalui program ’Train & Place’ yang mana mereka akan diberi latihan mengikut bidang-bidang yang ditetapkan dan akan terus diserapkan sebagai pekerja di premis yang diperlukan mengikut skill bidang latihan yang diikuti.


"Dan pekerja tersebut juga akan mendapat elaun sebanyak RM 500 – RM 800 sebulan sepanjang tempoh menjalani latihan yang dibiayai oleh Kementerian Sumber Manusia", katanya.


Beliau seterusnya menjelaskan pada masa yang sama Syarikat Sony turut menyatakan kesediaan untuk mengambil semua bekas pekerja kilang Nikko untuk berkhidmat di kilang syarikat itu.


"Kita cukup terharu atas keprihatinan kementerian yang telah memanggil serta merta wakil Sony untuk datang mengadakan perbincangan bersama wakil pekerja berkenaan di kementerian tengah hari tadi.


"Hasil pertemuan pihak kilang Sony telah bersetuju pada dasarnya untuk menempatkan kesemua bekas pekerja-pekerja yang masih belum memperolehi pekerjaan untuk diserapkan di kilang berkenaan di Prai, Pulau Pinang", katanya.


Berkaitan tuntutan pampasan pekerja-pekerja tersebut yang telah difailkan di mahkamah, Nazir berkata kes tersebut dijangka akan disebut di Mahkamah Tinggi pada 3 Julai ini.


"Menurut sumber yang dipercayai, kita difahamkan bahawa akan ada perkembangan yang positif dari pihak kilang NIKKO Electronic Berhad dalam masa yang terdekat di mana ianya akan memberi manfaat kepada bekas pekerja-pekerja tersebut", ujarnya.


Sementara itu, wakil pekerja kilang Nikko yang diberhentikan, Mat Zahir Ismail mengucapkan terima kasih kepada Pemuda UMNO yang sudi menjadi jambatan dengan mengutarakan perkara itu ke pihak kementerian.


Menurut beliau setelah sekian lama menganggur dan berjuang untuk mendapatkan hak serta pembelaan yang sewajarnya, hari ini mereka merasakan masalah tersebut sampai ke penghujung.


"Semua pihak telah kami utarakan masalah ini termasuk kerajaan negeri, namun sekadar janji semata-mata. Lebih 500 kawan-kawan masih lagi menganggur dan selebihnya mungkin telah mendapat pekerjaan lain.


"Justeru saya menyeru kepada semua kawan-kawan agar mengambil kesmepatan ini dan janganlah terlalu memilih pekerjaan. Rebutlah peluang yang ditawarkan ini untuk menanggung keluarga kita", katanya.



Read more...

Tuesday, June 30, 2009

Pakatan Campuran Tak Tepati Janji

Di Petik dari UMNO-Online

GEORGETOWN, 30 Jun – Kerajaan Negeri Pulau Pinang seakan kehilangan punca berikutan tindakan sekitar 200 orang pekerja kilang Nikko yang diberhentikan kerja menuntut Ketua Menterinya bertindak.


Dalam perkembangan tersebut, dilaporkan para pekerja yang kehilangan sumber pendapatan mengadakan demostrasi di Komtar dengan menuntut Lim Guan Eng menunaikan janji-janji manis yang sering ditaburkan untuk membantu mereka.


Sebelum ini, pakatan pembangkang di negeri tersebut seringkali melampiaskan janji-janji manis khususnya ketika waktu kempen pilihan raya diadakan termasuklah di Permatang Pauh tahun lalu dan di Penanti baru-baru ini.


Tindakan tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui sekutu pakatan campuran DAP gagal melaksanakan tugas dengan berkesan lantas kebajikan rakyatnya terabai apatah lagi sebelum mendapat kuasa, pelbagai janji ditaburkan sedangkan realitinya adalah sebaliknya.


Menurut laporan, seramai 984 pekerja kilang kilang Nikko Electronic Bhd diberhentikan kerja serta merta tahun lalu telah dijanjikan dengan beberapa bantuan oleh Kerajaan Negeri termasuklah membantu pekerja terbabit dengan menyerap mereka ke kilang lain setelah usaha mendapatkan maklumat lengkap selesai.


Namun malangnya, ia tidak ditunaikan!


Read more...

Tuesday, June 23, 2009

Perangi ah long - Hishammuddin

Oleh ROHANI IBRAHIM pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 22 Jun - Pinjam RM3,000 bayar balik RM35,000. Faedah yang dikenakan ah long tidak boleh diterima akal.

Keadaan ini menyebabkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengisytiharkan perang ke atas ah long hari ini.

Beliau menegaskan, fenomena ah long tidak boleh diterima sama sekali apalagi dibiarkan menular kerana ia adalah jauh daripada nilai ketimuran.

''Saya beri amaran sekeras-kerasnya kepada ah long. Saya nyatakan dengan tegas di sini bahawa saya mengisytiharkan perang terhadap ah long.

''Mana ada manusia yang tergamak meletakkan bunga dan faedah begitu besar berganda-ganda dan selepas itu ugut keluarga dan sanak-saudara peminjam. Saya tidak faham hendak buat duit pun janganlah secara itu. Apa sudah jadi dengan budaya kita,'' soalnya.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa keluarga mangsa ah long di Hotel Plaza, Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Jelas beliau, dalam membanteras masalah ah long, pihak polis sudah berjumpa dengan mangsa-mangsa ah long selain mengenalpasti kawasan-kawasan panas ah long serta industri di mana mereka bergiat aktif.

''Daripada perjumpaan dengan keluarga mangsa ah long tadi dan maklumat yang diberikan pihak polis, saya dapati punca masyarakat meminjam wang daripada ah long adalah pelbagai.

''Ini termasuklah berjudi, menagih dadah dan melangsaikan hutang. Saya tidak boleh membantu mangsa membayar hutang namun saya akan pastikan ah long tidak mengeksploitasikan mangsa dengan pelbagai ugutan,'' katanya.

Hishammuddin menambah, ah long turut mengugut saudara-mara dan adik-beradik mangsa jika mangsa gagal membayar hutang.

''Keluarga mangsa ah long yang tidak berdosa terpaksa berdepan dengan manusia rakus dan ganas yang akan ambil kesempatan ke atas mereka.

''Akhirnya mereka terpaksa berdepan dengan keadaan yang tidak boleh dimaafkan,'' katanya.

Dalam sidang akhbar yang sama, Hishammuddin turut menyatakan komitmen untuk melawat kawasan-kawasan 'panas' di seluruh negara dan beliau tidak akan memilih kawasan tertentu sahaja.

''Jalan Haji Taib merupakan kawasan panas pertama yang saya lawati. Saya akan turun padang untuk melihat kawasan panas lain untuk menyaksikan sendiri suasana dan keadaan di situ.

''Daripada lawatan ke Jalan Haji Taib hari ini saya dimaklumkan oleh peniaga di kawasan ini mengenai masalah ketiadaan balai polis dan masalah yang menjejaskan perniagaan mereka iaitu kekurangan tempat letak kereta,'' katanya.

Hishammuddin menambah, antara pendekatan yang akan diambil kira dalam menempatkan sebuah balai polis di Jalan Haji Taib adalah menyewa premis tertentu, mewujudkan balai polis bergerak atau balai komuniti.


Read more...

Tuesday, June 16, 2009

Pendekatan Strategik, Pemuda Umum 28 Biro, Sekretariat Dan Unit

Oleh Kazman Kamal


Bentong -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan 28 biro, sekretariat dan unit sebagai satu pendekatan perubahan strategik pergerakan itu bagi menarik golongan muda tanpa mengira kaum dan agama menyokong Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau pendekatan itu juga berdasarkan lima rukun Pemuda iaitu Berprinsip, Inklusif, Proaktif, Relevan dan Bersatu. Pada sidang media selepas berakhirnya Majlis Khemah Kerja Perdana Pemuda UMNO selama tiga hari di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, beliau turut menghuraikan kelima-ima prinsip tersebut.

Bagi menjadikan Pemuda Relevan pula tambah beliau semua program Pemuda diubahsuai mengikut cita rasa golongan muda dengan menggunakan saluran komunikasi seperti media baru, facebook dan lain-lain.

Sementara yang terakhir prinsip tersebut iaitu Bersatu membawa maksud Pemuda yang bersatu tanpa ada sikap berpuak-puak dan terikut-ikut dengan politik pecah belah.

Berikut adalah senari lengkap Biro, Sekretariat dan Unit yang diwujudkan.

Biro Politik – Khairy Jamaluddin

Sekretariat Pengurusan – Datuk Razali Ibrahim

Sekretariat Penerangan – Datuk Reezal Merican Naina Merican Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan – Soohaimi Shahadan Biro Pertanian dan Industri Asas Tani – Zubir Zabidi Biro Antarabangsa/Aman Malaysia – Datuk Ahmad Zaki Zahid Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar – Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak Sekretariat Hal Ehwal Bandar – Tengku Azman Tengku Zainal Abidin Biro Putera UMNO – Megat Zulkarnain Omardin Biro Perhubungan NGO – Suffian Awang Biro Keahlian dan Pemilih – Hishammuddin Yahaya Biro Pendidikan Politik – Ali Mazat Biro Pelajaran – Mohd Gasing Saling Biro Pengajian Tinggi – Syahrin Jamaluddin Biro Agama - Ustaz Mohd Afandi Yusof Biro Aduan Komuniti – Datuk Mohamad Khairun Aseh Biro Sukan – Datuk Ahmad Darus Biro Kebudayaan dan Kesenian – Jamawi Jaafar Biro Sosio Etika – Mohamad Iruan Zulkefli Sekretariat Profesional Muda – Shafiqurrahman Shamsuddin Sekretariat Pekerja Muda – Nazir Hussin Akhtar Hussin Sekretariat Perhubungan Kerajaan – Badrol Hisham Zaki Sekretariat Pemuda BN dan Satu Malaysia – Mohd Faizal Ramli Unit Pidato dan Penghujahan Umum – Lokman Noor Adam Unit Media Baru – Tun Faisal Ismail Aziz Unit Perang Saraf – Mohd Anis Hisham Abd Aziz Akademi Pemuda – Khairul Azwan Harun Biro Tugas-tugas Khas – Abdul Razak Abdul Rahman

Read more...

Pelawat

Kategori

  • news
 

© 2009 Sekretariat Pekerja Muda - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Powered by Blogger.