Sunday, August 9, 2009

KONVOI SEMARAK MERDEKA BERMULA

Perlepasan Konvoi Semarak Merdeka Oleh Saudara Nazir Husin di bangunan PWTC

Tepat jam 3.00 petang, 8 Aug 2009 bertempat di perkarangan PWTC menyaksikan 2 orang pemimpin pemuda Umno daripada bahagian Titiwangsa berusaha menjayakan 'KEMPEN SEMARAK MERDEKA'' anjuran bersama Sekretariat Pekerja Muda, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dipimpin oleh Sdr Nazir & Gagasan Ekonomi Malaysia yang dipimpin oleh Sdr Norham, program yang melibatkan 52 buah motosikal berkuasa besar 500cc ke atas akan menjelajah seluruh semenanjung Malaysia dengan pelbagai acara dan pengisian selama 7 hari bermula 8 Aug dan berakhir pada 15 Aug 2009. Turut menyokong usaha ini adalah Kementerian Belia & Sukan, Biro TataNegara, Jabatan Penerangan dan Media Massa tempatan.

Apa yang menarik mengenai 2 orang pemuda ini yang terdahulu menyerlah melalui kempen merebut jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Titiwangsa sesi 2008 - 2011 tetapi hari ini boleh bersama berganding bahu, meletakkan kemasyuran bahagian Titiwangsa Amnya mendahului perkara silam.

Perhargaan wajar diberikan ke atas signifikan melalui penonjolan yang dibuat dimana penglibatan program diperingkat nasional memerlukan semangat dan jatidiri yang tinggi untuk merealisasikannya.

Sdr Nazir telah diberikan penghormatan untuk memberikan ucaptama dan seterusnya melepaskan 52 buah motosikal berkuasa besar ini berderum, menghangatkan suasana, menggegarkan seketika perkarangan PWTC.

Deruman motosikal berkuasa tinggi ini bakal menjelajah disetiap negeri dan akan sambut oleh Ketua Pemuda negeri masing-masing.

Laporan disediakan oleh Sdr Sri Nor Shamsul Rizal - AJK Sekretariat Pekerja Muda


(Gambar-gambar pelancaran konvoi semarak merdeka akan di upload kemudian)

Komentar :

ada 1
Anonymous said...
pada hari 

sebagai seorang peserta konvoi yang telah selamat pulang ingin mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada pihak penganjur, penaja, secretariate, logistics, media dan rakan konvoi atas sokongan & galakkan sepanjang perjalanan - saya berharap di tahun tahun akan datang akan lebih ramai bikerz wanita, china, india & kaum lain akan turut serta untuk merealisasikan semangat one malaysia!! fatimah de polo

Pelawat

Kategori

 

© 2009 Sekretariat Pekerja Muda - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Powered by Blogger.